Bahan-bahan:
-1/2 cawan air
– 3 biji cili padi – dipotong kecil
– 4 sudu besar sos tomato
-2 sudu besar kicap soya
– 4 sudu teh tepung jagung
– 2 sudu teh madu
– 1/2 sudu teh serbuk cili kering
– 1/2 sudu teh halia – dicincang
– 2 sudu besar minyak masak
– daun bawang – dipotong kecil
– 1-1/2 cawan brokoli
– 1 kg udang segar – dibuang kulitnya
– bahan perasa secukupnya

Cara-cara:

1) Masukkan kesemua bahan kecuali udang,halia dicincang,minyak ke dalam mangkuk.
2) Kacau hingga sebati.
3) Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan halia yang dicincang sehingga garing.
4) Masukkan brokoli,daun bawang,udang dan kacau hingga udang kemerahan.
5) Akhir sekali,masukkan campuran bahan dalam mangkuk tadi serta bahan perasa dan kacau sehingga masak dan pekat.
6) Siap dihidang bersama nasi putih.

Resepi ini dipetik dari: Resepi Mudah

WhatsApp chat
0