Bahan-bahan (untuk 3-4 org):

-1/2 ekor ayam (1kg)
-* 3 biji bawang merah
-* 3 ulas bawang putih
-* 1/2 inci halia
-* 1/2 inci kunyit
-* 1/2 inci lengkuas
-* 2 batang serai
-* 1 sk ketumbar
-* 1 sk jintan manis
-* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
-2 sb santan pekat OPTIONAL)
-1 sb madu
-garam, gula dan ajinamoto ikut secukup rasa
-daun pandan

Cara-Cara:

-Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
-Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan ajinamoto.
-Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
-Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
-Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
-Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
-Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

Selamat Mencuba
Resepi ini dipetik dari: Kelas Resepi Online

WhatsApp chat
0