Bahan-Bahan:

-2 keping dada ayam
-1/4 cawan kicap soya cair
-2 sudu besar cuka makan
-1 sudu besar parutan halus halia
-2 sudu besar minyak bijan
-1 sudu besar gula perang atau gula putih
-sedikit minyak masak
-bijan
-daun bawang
-cili merah, jika suka

Cara-Cara:

-Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
-Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
-Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. -Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
-Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
-Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering. Tuang sos ke atas ayam tadi.
-Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili. Hidang bersama nasi putih panas.

Resepi ini dipetik dari: Diari Resepi

0