Bahan-bahan:

• Sotong – 5 ekor
• Bawang Merah (Belah 4) – 2 biji
• Bawang Putih (Ketuk) – 2 ulas
• Halia (Ketuk) – 1 inci
• Cili Padi (Ketuk) – 3 biji
• Serai (Dititik) – 1 batang
• Carrot – 1/2 batang
• Kubis – 5 kelopak
• Sawi – 1 pokok
• Pes Tomyam – 1 kiub
• Santan – 1/2 cawan
• Gula & Garam – Secukup rasa

Cara-cara:

– Didihkan 1/2 liter air dalam periuk.
– Masukkan kiub tomyam, bawang merah, bawang putih, halia, serai & cili. Biar mereneh seketika.
– Masukkan carrot & masak biar empuk sedikit.
– Masukkan sawi, kubis & sotong serta santan. Gaul sebati. Bagi mereneh dalam 2-3 minit sahaja.
– Perasa dengan garam sesedap rasa. Tutup api & siap untuk dihidang.

Resepi ini dipetik dari: Letsmasak

0