Bahan-bahan:

-1 1/2 kilo tulang bahagian kaki kambing atau tulang lembu yg mengandungi sum2nya sekali
-1/4 senduk tomato sos
-1/2 senduk cili sos
-1 senduk cili boh
-1/4 senduk minyak untuk menumis
-1 tin kecil tomato puree
-2 sudu besar bawang goreng
-5 ulas bawang merah
-5 ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 sudu besar jintan manis
-1 sudu besar jintan putih
-1 sudu kecil serbuk lada hitam
-sedikit rempah kasar 4 beradik-buah lawang,buah pelaga,cengkih dan kayu manis
garam ,gula ,gula kabung setengah ketul & aji no moto secukup rasa
-pewarna merah

Cara-cara:

-Tulang direbus hingga empuk.Air rebusan jangan dibuang.
-Goreng jintan manis dan jintan putih tanpa minyak hingga agak garing.Kemudian dimesin halus.
-Bawang merah,bawang goreng,bawang putih dan halia diblend bersama dan kemudian tumis dalam kuali dgn minyak.
-Masukkan jintan yg dimesin dan rempah2 kasar dan juga tomato sos,tomato puree,cili boh,lada hitam dan cili sos.
-Tumis hingga garing dan berbangkit bau,masukn pewarna merah.
-Kemudian masukkan hasil tumisan ini kedalam air rebusan tulang tadi dan masak hingga agak pekat dan berkuah.
-Masukkan garam dan perasa secukup rasa.

Resepi ini dipetik dari: RESEPI MASAKAN DAGING

WhatsApp chat
0