Bahan-bahan:

• 500 gm kaki ayam,
• 7 ulas bawang putih (dibelah dua),
• 1 ketul halia saiz sederhana (diketuk-ketuk sedikit),
• 2 biji ubi kentang (belah 4),
• 1 biji lobak merah (potong ikut suka),
• 1 pack cendawan (dicarik-carik),
• 2 biji tomato (belah 4),
• 2 biji bawang besar (belah 4),
• 10 biji cili thai (diketuk),
• 4 helai daun limau purut muda,
• 2 biji limau kasturi/1 biji limau nipis,
• *3 ulas bawang merah (hiris nipis),
• *3ulas bawang putih (hiris nipis),
• *2 inci halia dihiris nipis,
• *1 kuntum bunga lawing,
• *1 inci kulit kayu manis,
• *2 biji buah pelage,
• 1 sudu besar rempah sup/rempah kurma,
• Garam secukup rasa,
• Ajinomoto/Maggie cukup rasa (jika suka).

Cara-cara:

1. Kaki ayam dicuci bersih dan direbus bersama halia yang diketuk dan bawang putih yang dibelah dua. Rebus sampai kaki ayam lembut.
2. Setelah kaki ayam lembut masukkan ubi kentang. Rebus lagi hingga ubi kentang lembut.
3. Dalam periuk yang lain tumiskan bahan bertanda * hingga kekuningan dan wangi. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.
4. Kemudian tuangkan kaki ayam dan kentang yang direbus tadi kedalam bahan rempah.
5. Masukkan garam, serbuk perasa, perahan limau nipis/limau kasturi.
6. Bila nampak sudah mendidih masukkan cendawan, tomato, bawang besar dan cili padi. Kacau dan biar seketika.
7. Bila sudah masak padamkan api dan masukkan hirisan daun ketumbar.
8. Siap.

Resepi ini dipetik dari: Bidadari.my

WhatsApp chat
0