Bahan-bahan:
-1 ekor Ikan Siakap
-3-4 ulas Bawang Putih – cincang
-1 biji kecil Bawang Besar – hiris
-1 hirisan nipis Halia
-1 batang Serai – ketuk
-2 sb Pes Cili Kering
-1 kiub TomYam
-2 sb Sos Tiram
-4 sb Sos Tomato
-2 sb Sos Cili
-1 sb Kicap Manis
-Sayuran campur – Karot, Cauliflower, Capsicum, Terung, Tomato, dll
-1 sb Tepung Jagung – bancuh dgn sedikit air
-4-5 helai Daun Limau Purut
-Garam, Gula

Cara-cara:

1. Lumur ikan dgn sedikit garam & serbuk kunyit.
Goreng sehingga masak & garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit minyak dan tumis bwg putih/besar, halia, serai sehingga wangi.
Masukkan pes cili dan kiub tomyam, kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan kesemua jenis sos, kicap, 1 cwn air, garam, gula dan biar mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan masukkan daun limau purut dan sayuran.
Masak sebentar sehingga sayuran layu.
3. Curahkan ke atas ikan goreng tadi.
4. Hidangkan segera.

Resepi ini dipetik dari: Kongsi Resepi

WhatsApp chat
0