BAHAN-BAHAN:

-3 biji mangga muda l dipotong dua tanpa dibuang kulit
-2 ekor ikan kembung
-6 biji bawang merah
-2 biji cili merah
-2 biji cili hijau
-1 batang serai
-1 sudu teh lada hitam
-Garam dan gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

CARA-CARA:

1 Sangai ikan kembung dan mangga muda seketika.
2 Kemudian, tumbuk lada hitam dan serai sehingga lumat.
3 Seterusnya masukkan bawang merah dan tumbuk lagi sehingga hancur dan sebati.
4 Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau. Angkat dan asingkan.
5 Setelah itu, buang tulang ikan kembung yang disangai tadi dan tumbuk isi ikan separuh hancur.
6 Satukan isi ikan hancur bersama bahan tumis dan mangga muda sangai di dalam mangkuk.
7 Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
8 Sedia dimakan.

Resepi ini dipetik dari: Marsila Mas

WhatsApp chat
0