Bahan-bahan:

– 4 biji telur rebus
– 6 biji bawang merah kisar
– 3 ulas bawang putih kisar
– 1 inci halia kisar
– 1 inci kunyit hidup kisar
– 2 batang serai hiris
– 1 helai daun kunyit hiris
– 3 sudu makan cili kering kisar
– 1 sudu makan kerisik
– 1 mangkuk santan
– Sedikit minyak
– Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga wangi
3. Masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata
4. Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat
5. Masukkan hirisan daun kunyit da perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati
6. Angkat dan sedia dinikmati

Resepi ini dipetik dari: myRasa

WhatsApp chat
0