Bahan-bahan:
• Terung,
• 2 sudu besar penuh rempah daging giling
• 2 sudu besar kerisik,
• 4 sudu besar gula merah,
• Garam,
• Santan ¾ cawan,
• Sedikit air.

Bahan tumis:
• Bawang merah,
• Bawang putih,
• Halia,
• Kulit kayu manis,
• Bunga lawang,
• Buah pelaga.

Bahan blend:
• 8 ulas bawang merah,
• 4 ulas bawang putih,
• 1 inci halia,
• 1 sudu besar udang kering.

Cara-cara:
• Mula-mula tumis bahan-bahan tumis.
• Kemudian masukkan bahan blend. Kacau sampai garing.
• Terus masukkan 2 sudu besar penuh rempah daging giling Mak Bihah atau rempah kari daging cap apa yang anda suka. Bancuh dengan sedikit air. Kacau sampai pecah minyak.
• Masukkan 2 sudu besar kerisik, 4 sudu besar gula merah, garam dan sedikit air. Kacau sebentar sampai pecah minyak. Api kena slow.
• Masukkan terung panjang. Ikut suka ingin potong macam mana. Ada yang suka belah dua memanjang. Ada yang suka belah dua memanjang tidak putus. Ada juga yang potong pendek. Kacau biar sebati dengan rempah.
• Masukkan santan anggaran ¾ cawan atau ikut kepekatan yang anda suka. Biar sampai terung lembut.
• Siap.

Resepi ini dipetik dari: Bidadari.my

WhatsApp chat
0