Bahan A (diperap selama 1/2 jam):

-5 ketul ikan bawal (boleh digantikan dengan ikan tenggiri atau ikan merah)
-serbuk kunyit
-garam

Bahan B:

-minyak untuk menggoreng
-3 tangkai daun kari
-1 inci halia (dihiris nipis)
-3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
-1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)

Bahan C:

-2 batang serai (diketuk lebam)
-2-3 biji bawang besar (dihiris tebal)

Bahan D:

-1 cawan Jus Asam Jawa (Asam sebesar 2 ibu jari dan diperah 2 kali)
-1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
-1 sudu besar Sos Tiram

Bahan E:

-Kicap Masin Kipas Udang
-Kicap Manis Kipas Udang

Cara-cara:

1. Panaskan kuali dan goreng ikan yang telah diperap tadi sehingga garing dan kemudian diangkat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan A sehingga bawang bertukar keperangan dan berbau wangi.
3. Kemudian masukkan bahan C dan goreng sehingga bawang hampir layu.
4. Masukkan bahan D dan kecilkan api, biar kuah menjadi sedikit pekat dan terbit minyak yang bergelidangan. Dengan ini kuah asam akan menjadi lebih sedap.
5. Masukkan Ikan yang telah digoreng dan bahan E.
6. Biarkan seketika supaya ikan sebati dengan kuah sebelum diangkat.

Resepi ini dipetik dari: Kongsi Resepi

WhatsApp chat
0