Bahan-bahan:
-1 kg daging kambing
– 1 senduk minyak
– 2 cawan santan pekat
– 3 biji cili hijau atau cili merah, potong dua
-4 biji kentang, potong dadu besar
– 1 batang karot. potong dadu besar
-2 biji bawang besar, belah 4
– 1/2 cawan air asam jawa
-sedikit gula melaka
-garam secukup rasa

Bahan bancuhan pes (dengan air):

– 4-5 sudu besar rempah daging kurma
– 1 sudu besar jintan manis
-1 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan ditumbuk halus:

– 8 biji bawang merah
-5 ulas bawang bawang putih
– 2 inci halia

Bahan rempah tumis:

– 1 batang kayu manis
-5 biji buah pelaga
– 2 kuntum bunga lawang
-4 batang cengkih
– 2 tangkai daun kari

Cara-cara:

1) Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan rempah tumis dan bahan tumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
2) Masukkan bancuhan pes rempah, kacau dan masak sehingga pecah minyak.
3) Tuang sedikit air jika rempah terlalu kering dan garing untuk mengelakkan rempah hangus.
4) Masukkan kambing dan gaul sebati bersama rempah.
5) Biarkan masak sehingga 5 minit dan tambah sedikit air hingga agak tenggelam daging kambing. Masak sehingga daging menjadi empuk dan lembut.
6) Apabila daging sudah lembut, masukkan santan, air asam jawa, karot, kentang, cili hijau dan bawang besar.
7) Masak sehingga bahan tadi empuk.
8) Masukkan pula gula melaka dan garam secukup rasa.
9) Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Resepi ini dipetik dari: Resepi Mudah

WhatsApp chat
0