Bahan-bahan:

• 1 ekor ayam
• 20 tangkai cili padi (kalau nak pedas kaw boleh tambah lagi)
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1/2 inci halia
• 1/2 camt serbuk kunyit
Nota : Mesin semua bahan ni
• 1 peket kecik rempah kari daging (bancuh dengan air)
[email protected] biji kentang(belah 4)
[email protected] helai daun limau purut
• 2 batang serai-ketuk
• 1 kotak santan 200 ml
• 3 keping asam keping
• garam perasa dan sedikit gula

Cara-cara:

1. Tumis bahan mesin hingga naik bau
2. Masukkan daun limau dan serai
3. Masukkan rempah kari daging dan tumis sampai garing
4. Masukkan 2 gelas air
5. Masukkan ayam dan kentang
6. Masukkan asam keping, garam gula dan perasa
7. Masak hingga ayam dan kentang empuk
8. Akhir sekali masukkan santan

Resepi ini dipetik dari: Bidadari.my

WhatsApp chat
0