Bahan-bahan:

– 1 ekor ikan siakap-bersih dan kelarkan
– 2 sudu besar tepung jagung
– Minyak secukupnya
– 2 sudu besar cili kisar
– Sedikit nenas-potong kecil
– Garam halus secukup rasa
– Sedikit daun bawang-potong pendek

Bahan kisar:

– 1 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih

Bahan A:

– 1 sudu besar sos tiram
– 1 sudu besar sos cili
– 1 sudu besar sos tomato
– Setengah cawan air

Bahan B:

– 1 biji bawang Holland
– 3 biji cili padi
– 3 batang serai
– 1 inci halia

Cara-cara:

– Gaulkan ikan dengan tepung jagung hingga rata.
– Goreng sehingga garing dan angkat.
– Panaskan kuali dan ambil 3 sudu besar minyak dari gorengan tadi kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
– Masukkan cili kisar, bahan A, bahan B dan kacau rata
– Masukkan nenas dan perasakan garam biar sehingga kuah mendidih serta sedikit pekat.
– Tutup api kemudian curah kuah ke atas ikan dan taburkan sedikit daun bawang
– Sedia untuk dihidang.

Credit: Memasak Dalam 30Minit

WhatsApp chat
0