Bahan-Bahan:

-1 ekor ikan jenahak, boleh juga di gantikan dengan iklan lain seperti siakap atau ikan merah
-serbuk kunyit dan garam
-daun pisang yang digunakan ketika memanggang

Bahan untuk sambal kelapa:

-3-4 sudu besar kelapa parut
-2 cm kunyit hidup
-1 batang serai, hiris nipis
-3 ulas bawang merah, hiris nipis
-1 cm halia yang di hiris nipis
-3 tangkai cili kering, direbus
-garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:

-Bersihkan ikan dan belah belakang. Sapukan dengan garam dan kunyit.Biarkan seketika.
-Sumbat dari bahagian belakang ikan dengan sambal kelapa, kemudian balut bahagian tengah ikan dengan daun pisang dan bakar.

Cara untuk sambal kelapa:

-Dalam lesung batu, tumbuk kunyit, serai, halia, cili kering dan bawang merah hingga lumat.
-Kemudian masukkan kelapa parut, sedikit garam dan gula secukup rasa.

Tips:
Pastikan anda tidak menggunakan api yang terlalu kuat ketika memanggang ikan kerana untuk mengelakkan dari iklan dari terlebih masak, ini akan menyebabkan ikan kehilangan lembapan dan menjadi terlalu kering atau keras.

Resepi ini dipetik dari: Seenak Sesegar Rasa 2

0