Bahan-bahan:

– 350 gram daging
– 3 sudu besar rempah kari daging
– 2 cawan santan cair
– 2 cawan santan pekat
– 150 gram kacang dhal
– 3 biji kentang, kupas kulit dan potong 4
– 2 biji cili hijau
– 4 batang kacang panjang, potong panjang 2 inci
– 4 biji terung bulat, potong 4
– 1 biji tomato, potong 4
– 1 biji carrot, potong memanjang
– 2 tangkai daun kari

Bahan untuk kisar halus:

– 3 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 biji bawang besar

Bahan untuk rempah tumis:

– 1 batang kayu manis
– 2 biji bunga lawang
– 5 biji bua pelage

Cara memasak dalca:

1. Rebus kacang dhal sehingga lembut.
2. Rebus daging sehingga lembut dan hiris nipis. Jangan buang airnya
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan air rebusannya, kacang dalca, karot, kentang, cili hijau, asam keping dan juga santan cair. Masak sehingga sayur empuk.
5. Masukkan santan pekat, tomato dan terung bulat dan masak sehingga lembut.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
7. Angkat dan hidangkan

Resepi ini dipetik dari: Resepi Masakan Malaysia

WhatsApp chat
0