Bahan-bahan:
• 15 biji cili api kampung( boleh tmbh klu suka pedas)
• 2 inci kunyit hidup
• 2 batang serai dititik
• 1 helai daun kunyit
• 300gm daging salai dihiris nipis
• (Saya rebus dan salai sendiri je pakai pemanggang ajaib)
• 2 keping asam gelugor (kering)
• 1 cawan santan pekat
• 1 cawan santan cair
• garam secukup rasa
• 1/2 Perasa kiub daging knorr

Cara-cara:
1. Tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
2. Dalam periuk renihkan santan cair bersama cili api tumbuk, serai, daun kunyit dan asam gelugor.
3. Bila mendidih masukkan daging salai dan cendawan yang dah dibersihkan. Biar merenih dengan api perlahan.
4. Masukkan santan pekat dan garam. Biar merenih dalam 5-10 minit lagi. Bolehlah dihidangkan. Lebih sedap kalau biarkan sejam dua supaya perisanya mesra.
Resepi ini dipetik dari: Bidadari.my

WhatsApp chat
0