Bahan-bahan:

-1 kilo daging (potong kecil)
– 20 ulas bawang merah (dihiris)
– 1 cawan sos tomato
-1 cawan kicap pekat
-2 sudu besar kerisik
-4-5 tangkai daun kari
– 1-2 biji bawang holland – dimayang
-gula, garam, kiub ayam/ daging

Bahan A ( dibasuh dan direndam sampai kembang) :

– 1 sudu besar jintan putih
-1 sudu besar jintan manis
-1 batang kulit kayu manis
-4 kuntum bunga lawang
– 7 buah pelaga
– 10 kuntum bunga cengkih

Bahan B (dikisar) :

– 15 tangkai cili kering-direbus
– 2 labu bawang besar
– 1/2 labu bawang putih
– 2 inci halia

Cara-cara:

1) Kisarkan bahan A bersama bahan B.
2) Panaskan minyak dalam kuali.
3) Tumiskan bawang merah yang dihiris dan daun kari hingga kekuningan.
4) Masukkan dan tumiskan pula bahan kisar sehingga garing.
5) Masukkan daging, kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut. Masukkan air jika perlu.
6) Masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
7) Kemudian, masukkan bawang holland yang dimayang dan kacau rata.
8) Sedia untuk dihidang.

Resepi ini dipetik dari: Resepi Mudah

WhatsApp chat
0