Bahan-bahan:
-1 kg daging – dihiris nipis
-2 labu bawang besar – dikisar halus
-1 labu bawang besar – dihiris
-1/2 cawan kicap pekat
-1/2 cawan air asam jawa
-3/4 cawan pes cili (tambah jika nak pedas)
-3 sudu besar gula (boleh ejas ikut kesesuaian)
-garam secukupnya (jika perlu)
-sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa lebih kurang 1/2 jam
2. Panaskan minyak dalam kuali , tumis bawang besar sampai layu. Tuangkan bahan-bahan perapan.
3. Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh (daging akan mengeluarkan airnya sendiri)
4. Masukkan cili pes, masak lagi dengan api perlahan sehingga kuahnya agak pekat dan pecah minyak
5. Rasa garam dan gula
6. Sedia untuk dihidang

Resepi ini dipetik dari: Kongsi Resepi

WhatsApp chat
0