Bahan-bahan:

-250gm cendawan tiram | disiat
-5 batang jagung muda | dibelah dua
-5 ulas bawang putih | diketuk
-1/2sm halia | dicincang
-1 tangkai cili merah | dihiris
-5 sudu makan sos tiram
-2 sudu teh tepung jagung | dibancuh
-dengan air
-Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, cili merah dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan jagung muda dan kacau sehingga jagung layu.
3. Masukkan pula sos tiram dan juga cendawan. Kacau dan masak lagi sehingga cendawan layu.
4. Tuangkan air bancuhan tepung jagung dan didihkan seketika. Kacau sehingga kuah pekat dan padamkan api.

Resepi ini dipetik dari: Marsila Mas

WhatsApp chat
0