Bahan A (Perapan):
• ½ ekor ayam (potong kecil2)
• Sedikit Ginger Garlic paste
• Sedikit serbuk kunyit
• Sedikit serbuk kari
• Garam
• Minyak (Untuk menggoreng)
Cara:
1. Satukan semua bahan (kecuali minyak) perap selama 1 jam.
2. Goreng secara deep fry sehingga masak.Kemudian ketepikan

 

Bahan B:
• 4 sudu besar jintan manis (nx time kn kurangkan siket)
Cara:
1. Goreng/tumis sekejap.Kemudian angkat/toskan.Ketepikan

Bahan C:
• 15 ulas Bawang Putih (mayang)
• 3 tangkai daun kari
• 15 biji cili kering (nak letak lebih pun xpe)
Cara:

1. Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari hingga bawang putih agak garing.Angkat dan ketepikan.

Bahan D:

• 3 labu Bawang Besar hiris (LiNa Pg letak 2 jer)
• Sedikit Ginger Garlic paste
• 1 biji Tomato (potong dadu)
• Sedikit Serbuk Cili
• Cili merah dan cili hijau (LiNa Pg tmbh, rcp asal xde)
• Garam dan gula/perasa

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar, ginger garlic paste dan tomato.Tumis smpai bwang bertukar warna (LiNa Pg tumis hingga bawang dan tomato layu dan kelihatan agak garing siket)
2. Kemudian, masukkan serbuk cili kering babas LiNa Pg tambah 1 sudu kecil cili giling) varuval tak boleh pedas sgt.
3. Tumis hingga pecah minyak (jgn ltak air, air dari bwang tu pun dah cukup)
4. Tambah garam dan gula/perasa. Varuval kena kering2 dan garing serta mnis2 siket
5. Masukkan Bahan A,Bahan B dan Bahan C yang digoreng tadi (jintan manis, cili kering,bawang putih dan daun kari) gaul sebati.
6. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sebati.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa jika perlu.
7. Dah siap, tutup api dan Ayam Varuval sedia dihidang.Boleh juga tabur daun pudina dan daun ketumbar (jika suka)

Resepi iini dipetik dari: Kongsi Resepi

WhatsApp chat
0