Bahan-bahan:

• 1/2 ekor ayam
• 1 biji bawang besar (hiris)
• 5 ulas bawang putih (hiris)
• Sedikit halia (hiris)
• 1 biji cili merah
• 8-10 biji cili padi potong tengah jgn sampai putus
• 1 sdb jintan manis (rendam sebentar kemudian toskan dan tumbuk guna lesung batu)
• 1/2 cawan air asam jawa
• 1 sdt serbuk kunyit
• 1/2 sdt gula
• 1 cawan air
• 1 1/2 senduk minyak
• Sedikit garam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis dan cili besar sehingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit.
3. Tumiskan sehingga naik minyak.
4. Masukkan kicap dan kacau sebentar.
5. Masukkan ayam dan cili padi.
6. Kacau sebati dan masukkan air.
7. Bila sudah pekat sesuaikan rasa.
8. Sudah boleh dihidangkan.

Resepi ini dipetik dari: Bidadari.my

WhatsApp chat
0