Bahan-bahan:

-1 ekor ayam (dipotong 16}
-4 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-3 inci halia
-2 batang serai
-½ batang bunga kantan
-Serbuk kunyit (ikut suka)
-2 sudu chili kering kisar (ikut suka)
-3 keping asam gelugor
-Garam secukup rasa
-Gula secukup rasa
-Sedikit belacan (jika suka)

Cara-cara:

-Ayam dibersih dan dibuang kulitnya.
-kisar semua bahan-bahan tadi, kecuali bunga kantan dan kepingan asam gelugor.
-Campur semua bahan-bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan.

-Sekiranya anda ingin ianya berkuah, tambahkan air tetapi jangan terlalu banyak.
-Masakan ini lebih sedap kalau kuahnya pekat. Adalah lebih baik sekiranya disediakan tiga jam sebelum dimakan agar kuah dan ayam menjadi cukup sebati.

Resepi ini dipetik dari: Mesra.Net Resepi

0