Ulam raja memiliki kandungan berbagai  zat aktif dan berbagai mineral, seperti anti-oksidan, protein, kalsium, polifenol, saponin, karbohidrat, serta vitamin A, C, dan E. Bahkan anti-oksidan yang tinggi pada ulam raja dianggap setara dengan 2400 mg Vitamin C.

  1. Mencerahkan Kulit

Vitamin C mampu mempercepatkan pertumbuhan atau pembentukan kolagen dalam kulit, sehingga kulit mati dapat diganti segera dengan regenerasi kulit baru yang sihat. Vitamin C yang juga mengandungi asid askorbik menjadi ramuan oleh pakar kecantikan sebagai bahan penegang kulit.

Kolagen dalam vitamin C menjaga kekenyalan dan kelembapan kulit. Memakan ulama raja sebagai ulaman boleh membantu anda mencerahkan kulit.

  1. Mengatasi Bau Mulut

Bau mulut adalah salah satu hal yang kerap mengganggu penampilan dan keselesaan saat bersosial. Bau mulut terjadi akibat beberapahal, seperti adanya bakteria, atau selesai memakan makanan yang beraroma kuat. Ini boleh diatasi dengan mengunyah daun ulam raja. Aroma yang dimiliki daun ulam raja dapat memberikan sensasi segar dan harum di mulut seperti juga daun pudina.

  1. Menambah Nafsu Makan

Memakan daun ulam raja dapat menjadi satu jalan penyelesaian untuk menaikkan berat badan anda. Ini adalah kerana daun ulam raja dipercayai dapat menambah nafsu makan. Dengan membanyakkan daun ini dalam pola pemakanan setiap hari, anda akan berpeluang untuk memiliki berat badan yang lebih sesuai berbanding sebelumnya.

  1. Menghaluskan Kulit

Kandungan Vitamin E dan Vitamin C pada daun ulam raja amat sesuai dijadikan solusi untuk anda yang ingin memiliki kulit yang cantik dan sehat. Vitamin A dan vitamin C menjaga agar kulit tidak kelihatan kering dan kasar. Kulit yang kering dan kasar terjadi disebabkan oleh jumlah pigmen kesan daripada pendedahan terlampau kepada sinar UV matahari,pencemaran dan perubahan suhu udara.

  1. Menghidupkan Semula Sel Kulit Mati

Jika anda memiliki masalah dengan sel kulit mati yang menghitam dan mengganggu kecantikan wajah anda, daun ulam raja boleh menjadi jalan pencegahan terbaik. Kandungan zat antioksidan yang tinggi pada ulam raja dapat mempercepatkan pertumbuhan atau regenerasi sel baru untuk menggantikan sel-sel kulit yang telah mati. Sel kulit mati biasanya susah dihilangkan kerana beberapa sebab, antaranya kurang membersihkan wajah,kadar nutrisi yang rendah, kerap terdedah kepada sinar matahari dan lain lain.

Cara untuk mengatasinya, tumbuk ulam raja  dan campurkan dengan beberapa titis minyak kelapa. Kemudian panaskan sebentar hingga terlihat mengental. Biar sekejap supaya sejuk dan guna seakan  masker. Lakukan ini sekerap mungkin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

  1. Mencegah Penuaan Dan Kedut

Vitamin C terkandung di dalam daun ini berfungsi membentuk kolagen dan memperbaiki kerosakan DNA, serta meneutralkan radikal bebas yang masuk kedalam tubuh. Kolagen adalah penting untuk menjaga kulit anda agar tetap tegang dan muda. Antioksidannya yang tinggi berfungsi untuk menyingkir berbagai unsur radikal yang membuat kulit lebih cepat kusam dan berkedut.

  1. Mencegah Bakteria Berkumpul di Kulit

Bakteria yang tersebar di udara  menjadi punca permasalahan yang terjadi di pada kulit. Kulit yang mudah kering,menjadikan kulit nampak kusam, muncul bintik-bintik hitam dan sebagainya. Secara rutin memakan daun ulam raja ataupun menjadikannya pes untuk kulit, bererti sebahagian masalah kulit telah di usahakan. Kandungan mineral, vitamin, dan zat aktif didalam daun ulam raja di katakan mampu menhalang bakteria yang akan menyerang dan merosakan kulit.

  1. Mengatasi Alahan Kulit dan Dermatitis

Bagi anda yang memiliki alahan atau alergi, ataupun bekas luka yang sangat susah hilang, cuba gosokkan daun ulam raja ke bekas luka anda. Apabila dilakukan secara kerap, bekas luka itu akan cepat menghilang.

  1. Membuat Mata Bersinar dan Sehat

Selain vitamin C, di dalam daun ulam raja juga mengandungi vitamin A yang sangat baik untuk menjaga kesehatan mata. Kerap memakan ulam raja, akan menjadikan mata lebih jernih dan sehat.

  1. Melancarkan Peredaran Darah

Peredaran darah yang lancar berpengaruh besar dalam membantu sel kulit anda dalam melakukan regenerasi sel kulit lain yang telah mati.

Mari dapatkan Ulam raja dengan segera