Bahan-bahan:
• 10 ekor udang dibuang kulit
• 2 papan petai
• 1 helai daun kunyit dihiris halus
• 1 batang serai dititik
• 1 keping asam gelugor
• 1 sudu besar tempoyak
• 1/4 cawan santan
• garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
• 2 tangkai cili merah
• 15 tangkai cili api
• 1 batang serai
• 5 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara:
• Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis serai titik hingga harum.
• Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
• Masukkan tempoyak, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau selalu.
• Masukkan petai dan santan, kacau dan bila mendidih, masukkan udang dan asam gelugor.
• Gaul rata dan masak hingga pekat.
• Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
• Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, kacau dan masak sekejap.


Resepi ini dipetik dari: sedaptube.com

WhatsApp chat
0