Bahan-bahan:
• 200 gram udang (dibuang kulit kecuali ekor)
• 1 sudu besar serbuk kunyit
• 1 cubit garam
• 1 sudu kecil serbuk lada hitam
• 4 sudu besar minyak masak
• 1 sudu kecil biji sawi
• 10 helai daun kari
• 1 sudu kecil serbuk cili
• 1 batang cili merah (dihiris nipis)

Cara-cara:
• Lumurkan udang dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam.
• Panaskan sedikit minyak dan goreng setiap belah dalam 2 ke 3 minit. Ketepikan.
• Masukkan minyak selebihnya. Masukkan biji sawi, daun kari, serbuk kunyit, garam, serbuk lada hitam, serbuk cili. Tumiskan sebentar.
• Masukkan udang dan hirisan cili merah dan gaul.
• Jika suka, boleh tambah daun ketumbar dan perah limau.

Resepi ini dipetik dari: sedaptube.com

WhatsApp chat
0