Bahan-bahan:

-600 gm Sotong segar
-20gm Serbuk Santan
-3 ulas Bawang putih – di hiris halus
-6 Ulas Bawang kecil – dhiris halus
-4 helai Daun limau purut – dihiris halus
-2 btg Serai – dihiris halus
-8 biji Cili padi – dititik
-2 biji Air limau nipis
-10 helai Daun ketumbar
-2 sudu makan Sos ikan Thai
-3 sudu besar Minyak masak
-4 biji Cili hijau – dihiris
-4 sdm Sos tiram
-2 sudu makan Cili merah – dihiris
-Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong dan kacau hingga sebati.

2. Masukkan daun limau purut, cili padi, daun ketumbar, sos ikan, sos tiram, cili merah, air limau nipis dan kacau selama 2 minit. Masukkan Santan

3. Kacau selama 4 minit lagi dan masukan cili hijau dan garam secukup rasa.

4. Hias dengan daun ketumbar dan cili merah

Resepi ini dipetik dari: Marsila Mas

WhatsApp chat
0