Bahan-bahan:
-500 gram daging lembu – hiris nipis
-1 liter air kelapa
-1 labu bawang besar – belah 6
-5 keping hirisan halia muda
-5 keping hirisan lengkuas
-1 keping asam gelugur
-1 bonggol (bahagian bawah batang) pokok ketumbar – ketuk
-garam / perasa pilihan

Cara-cara:
1. Masukkan air kelapa, daging lembu, bawang besar, halia, lengkuas, asam keping dan bonggol pokok ketumbar ke dalam periuk.
2. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur dan hidangkan panas.


Resepi ini dipetik dari: Kongsi Resepi

WhatsApp chat
0