Bahan-bahan kisar:

– 5 biji bawang merah rose
– 2 biji bawang merah besar
– 5 ulas bawang putih
– 2 inci halia muda
– 1 inci lengkuas
– 1 inci kunyit hidup
– 5 batang serai
– 5-10 biji cili kampung

Bahan lain:

– 800-1kg isi kerang
– 1 ½ cawan minyak masak
– 2 sudu makan cili kisser
– 1 kotak santan pekat kecil
– 3 sudu makan kerisik
– 2 keping asam gelugur
– 2 helai daun kunyit diracik halus
– Garam, serbuk perasa dan gula merah

Cara-cara:

1) Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan berbau guna api sederhana. Baru tambahkan cili kisar dan tunggu hingga pecah minyak 1-2 kali.
2) Masukkan santan pekat dan kecikkan api. Renehkan dan kacau sesekali hingga sebati dan pecah minyak sedikit. Masukkan kerisik dan asam keping. Biarkan mereneh hingga pekat.
3) Masukkan isi kerang dan masak hingga rending kerang menjadi sedikit kering dan pekat. Masukkan daun kunyit dan sesuaikan rasa dengan sedikit garam, serbuk perasa dan gula merah/gula putih.

Resepi ini dipetik dari: DariDapur.com

WhatsApp chat
0