Bahan-bahan:

-80 ml minyak
-5-6 keping ikan siakap (anggaran 900 gm)
-700 ml santan (dari 1 biji kelapa)
-jus 2 biji limau kasturi
-2 sudu besar biji ketumbar } goreng tanpa minyak, tumbuk halus
-2 sudu besar jintan manis }
-1 sudu teh lada putih, ditumbuk
-2-3 keping daun limau purut
-Garam, gula secukupnya

Bahan (kisar halus):

-5 biji cili hijau
-5-6 biji cili padi hijau
-1/2 labu bawang besar
-3 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-1 cm halia
-1 cm kunyit
-1 pokok (4 tangkai daun), batang & akar ketumbar
-1 batang serai
-2 helai daun limau purut

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan kacau rata.
2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan lada putih.
3. Bila wangi, masukkan daun limau purut dan santan. Kacau hingga mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
5. Bila kuah mendidih, perlahankan api dan kacau lagi hingga ikan masak.
6. Sebaik saja ikan masak, masukkan pula jus limau dan angkat

Resepi ini dipetik dari: Blog Resepiku

WhatsApp chat
0