BAHAN-BAHAN:

-250 gm kacang panjang | dihiris
-3 biji bawang merah | dihiris
-5 biji cili hijau | dihiris
-1 biji kelapa parut
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-3 sudu teh minyak kelapa
-1 sudu teh halba
-3 biji cili kering
-Daun kari secukupnya
-Garam secukup rasa

CARA-CARA:

1. Masukkan kacang panjang, bawang merah dan cili hijau yang dihiris ke dalam sebuah bekas.
2. Selepas itu masukkan kelapa parut, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul kesemua bahan hingga sebati dengan menggunakan tangan anda.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan halba, cili kering dan daun kari. Tumis seketika.
4. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang digaul tadi dan kacau hingga rata.
5. Renjiskan sedikit air dan tutup tudung kuali. Biarkan mereneh selama lima minit.
6. Buka tudung kuali dan kacau bahanbahan tersebut sehingga rata sekali lagi.
7. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Resepi ini dipetik dari: Marsila Mas

0