Bahan-bahan:
– 2 ekor ikan kerisi
– 2 sudu besar tauchu
– 1 biji bawang besar-hiris
– 2 ulas bawang putih-hiris
– 4 biji cili merah-hiris
– 3-4 tangkai cili padi
– 3sm halia-hiris
– 1 sudu kecil pes asam jawa
– 1 cawan air
– Garam
– Gula

Cara-cara:
1. Lumur ikan bersama garam dan kunyit kemudian goreng dan ketepikan
2. Keluarkan miyak, tinggalkan sedikit untuk menumis
3. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi
4. Masukkan cli merah dan cili padi
5. Kemudian masukkan tauchu, kacau sebentar.
6. Masukkan air dan air asam jawa
7. Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula
8. Masukkan ikan goreng, balik-balikkan ikan dan angkat


Resepi ini dipetik dari: myRasa

WhatsApp chat
0