Bahan A:

-1/2 kilo ikan bawal putih
-sedikit garam
-sedikit serbuk kunyit

Bahan B:

-2 biji bawang besar
-15 biji cili padi merah (boleh dikurang kan atau digantikan dengan cili merah biasa)

Bahan C:

-Minyak untuk menggoreng
-3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
-1 tangkai daun kari
-belacan sebesar ibu jari
-asam jawa sebesar ibu jari (tidak perlu diperah jus nya)
-sedikit serbuk kunyit
-sedikit garam

Cara-Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing, angkat dan toskan.
2. Bahan B di tumbuk kasar atau boleh juga diblend. Jika diblend haruslah dalam kuantiti yang sedikit-sedikit dan dalam masa 2 saat stop, 2 saat stop untuk memastikan ia tidak terlalu hancur.
3. Dengan menggunakan minyak gorengan ikan yang sama tetapi kurangkan kuantiti nya, tumis bawang putih dan daun kari sehingga terbit aroma.
4. Masukkan belacan, hancurkan ia dalam kuali dan goreng sehingga ia bertukar warna/garing sedikit.
5. Masukkan bahan B (bahan tumbuk), serbuk kunyit, asam jawa (masukkan bersama biji jika ada) dan garam.
6. Masak sehingga cili dan bawang masak; dan sambal menjadi pekat.
7. Angkat dan curahkan ke atas ikan.

Resepi ini dipetik dari: Kongsi Resepi

WhatsApp chat
0