Bahan-bahan:

• 1 ekor ayam dipotong 12.
• Tomato puri.
• Susu Cair.
• Perasa garam dan gula.

Bahan kisar:

Untuk bahan kisar tambahkan 1 cawan air.
• 25 biji cili merah.
• 2 biji bawang besar yang besar.
• 5 ulas bawang putih.
• 4 batang serai.
• 2 ruas jari lengkuas.
• 2 ruas jari kunyit hidup.
• 2 ruas jari halia.

Cara-cara:

1. Ayam basuh bersih dan toskan. Gaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng ayam. Jangan goreng terlalu garing nanti jadi keras.
3. Tumis bahan kisar sehingga wangi selama 15 minit dengan api perlahan.
4. Kemudian tambah 1/2 cawan tomato puri, masak sehingga pecah minyak. Kalau mahu pekat boleh renihkan.
5. Kemudian masukkan ayam.
6. Masukkan 3/4 tin cawan susu cair.
7. Tambah serbuk secukup rasa Megi/garam.
8. Masukkan gula.
9. Gaul semua sehingga rata dan biarkan mendidih.
10. Tutup api. Tambahkan tomato yang dibelah dan kacang peas tin jika suka. Siap.

Resepi ini dipetik dari: Bidadari.my

WhatsApp chat
0