Bahan-bahan:
-1 ekor ayam – dipotong ikut citarasa masing2
-serbuk kunyit dan garam secukup rasa

Bahan Kisar :

– 10 tangkai cili kering
– 2 ulas bawang besar
– 3 ulas bawang putih
– 1 1/2 inci halia
– 3 batang serai
– 1/2 inci lengkuas

Bahan C :

– 4 sudu besar minyak masak
– 2 batang kulit kayu manis
– 2 kuntum bunga cengkih
– 2 kuntum bunga lawang
-2 helai Daun pandan – disimpul
– 2 helai Daun limau perut – dicarik2an
– 200 ml santan
-Garam secukup rasa
– 2 biji Tomato – dibelah 4
– 1biji bawang holland yang dimayang
– sedikit kacang peas dalam tin jenama ayam brands sebagai hiasan

Cara-cara:

1) Gaulkan ayam yang telah dipotong bersama serbuk kunyit serta garam dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2) Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik wangi.
3) Kemudian,masukkan bahan yang dikisar dan tumiskan hingga naik bau dan pecah minyak.
4) Masukkan ayam yang telah digoreng,daun pandan,daun limau purut,bawang holland yang telah dimayang serta tomato. Gaulkan sebati.
5) Akhir sekali,masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih.Taburkan kacang peas.

Resepi ini dipetik dari: Resepi Mudah

WhatsApp chat
0