Bahan-bahan:
-8 ketul ayam
-2 biji bawang besar – kisar
-3 ulas bawang putih – kisar
-2cm halia – kisar
-2 sudu besar serbuk kari
-1 sudu besar serbuk cili
-2 tangkai daun kari
-2 batang serai
-4 sudu besar kicap pekat manis
-1 batang kulit kayu manis
-2 biji bunga lawang
-3 biji buah pelaga
-garam secukup rasa

Cara-cara:
• Bersihkan ayam
• Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan semua bahan kisar bersama serbuk kari dan serbuk cili hingga naik bau. Tambahkan sedikit air jika bahan tumisan terlalu kering.
• Masukkan kicap pekat manis, serai dan daun kari.
• Ambil sedikit bahan tumisan dan gaul rata dengan ayam.
• Perasakan ayam dengan garam.
• Biarkan seketika supaya bahan tumisan mesra bersama ayam.
• Goreng ayam sehingga masak.
• Ayam yang telah siap digoreng dimasukkan kembali ke dalam bahan tumisan dan masak hingga kuah menjadi agak pekat.
• Perasakan kuah dengan garam secukupnya.
• Sedia dihidang bersama nasi panas atau roti putih.

Resepi ini dipetik dari: Kongsi Resepi

WhatsApp chat
0