Bahan-bahan:
-1 ekor ayam – dipotong kecil
– minyak untuk menumis
-2 biji bawang besar – dicincang halus
-3 ulas bawang putih – dicincang halus
– 2 cm halia – dicincang halus
-3 biji tomato – dibelah 4
– 2 tangkai daun ketumbar – dihiris halus
– 1/2 cawan air
– 1 biji cili hijau – dimayang
– 1 biji cili merah – dimayang
-bahan perasa secukupnya

Bahan Rempah:

– 1 sudu besar serbuk jintan manis
– 1 sudu besar serbuk cili
– 1 sudu teh serbuk ketumbar
-1 sudu teh serbuk kunyit
– 1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Cara-cara:

1) Panaskan minyak dalam kuali.
2) Masukkan bawang besar,bawang putih serta halia dan tumiskan sehingga wangi.
3) Masukkan bahan rempah dan tumiskan lagi.Masukkan air sedikit jika terlalu pekat.
4) Kemudian,masukkan pula tomato dan kacau hingga sebati.
5) Masukkan ayam serta daun ketumbar bersama air.
6) Masak hingga kuah menjadi kering dan taburkan hirisan cili hijau dan merah.
7) Masukkan bahan perasa dan siap untuk dihidang.

Resepi ini dipetik dari: Resepi Mudah

WhatsApp chat
0