Bahan-bahan: (untuk 3 orang)

-6 ketul ayam
-1 batang daun kari
-2 biji cili padi dihiris nipis
-6 ulas bawang putih ditumbuk
-3 ulas bawang merah ditumbuk
-1/2 buku butter
-1 cawan susu cair
-Sedikit garam
-Sedikit gula
-Sedikit minyak untuk menumis
-Tepung jagung

Cara-cara:

1. Gaul ayam dengan tepung jagung dan goreng (tepung jagung tak perlu dibancuh dengan air). Kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak (tuang kira-kira 3 sudu besar minyak), tumis bawang putih dan bawang merah, cili padi serta daun kari.
3. Bila telah naik bau. masukkan butter dan susu cair. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau hingga kuah agak pekat dan masukkan ayam.
4. Kacau hingga semua kuah bersalut dengan ayam dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi ini dipetik dari: Senangnya Masak

WhatsApp chat
0