Bahan-bahan:

-4 ekor ketam..
-3 biji bawang kecik dicincang (kalau tak nak pon takper)
-7 biji bawang putih dicincang (ni kalau lebih lagi sedap)
-7 biji cili padi (dipotong kecil) kalau nak pedas boleh tambah lagi
-1 tin susu cair
-Tepung jagung
-Daun kari lebih kurang setangkai
-5 biji telur masin
-Lada sulah/garam/gula

Cara-cara:

1) Rebus telur masin.
2) Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian.Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.
3) Asingkan kuning telur masin yang dah dimasak dan lenyek-lenyekkan sampai hancur.
4)Asingkan kuning telur masin yang dah dimasak dan lenyek-lenyekkan sampai hancur.
5) Ambil sebiji putih telur dan lenyekkan sampai hancur.
6) Panaskan kuali, masukkan butter dalam 3 sudu.
7) Masukkan bawang putih, bawang kecil dan kacau sampai naik wangi.
8) Masukkan daun kari dan cili padi.
9) Masukkan telur kuning yang telah dihancurkan tadi bersama sedikit telur putih dan kacau sekata.
10) Masukkan susu cair dalam 5 6 sudu besar.
11) Masukkan lada sulah, garam dan gula serta kacau sekata sampai berbuih.
12) Masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan kacau sampai semua rata. Siap untuk dihidang.

credit: kathyjem

WhatsApp chat
0